Air mata sedih..

Comments

Salam,

Kesusahan tu memberi makna yang mendalam. Ada cerita yang memberi kesan yang positif atau negatif. Seronok mendengar cerita 'orang dulu'. Kisah semangat! Susah tu menjadi pembakar semangat dan saya rasa itu tak dapat dibeli dengan wang ringgit.

Teringat ucapan perasmian minggu orientasi di UiTM, 'peristiwa pahit akan menjadi sejarah hitam dalam hidup kita jika kita berfikir dan mengambil iktibar dari peristiwa itu. Sebaliknya akan menjadi peristiwa yang bermakna sekiranya kita belajar dari kesilapan dan berusaha untuk tidak mengulanginya'.

Selama setahun di UiTM, sedih melihat kisah masyarakat melayu ni sebenarnya. Kalau dulu bermula dengan bangunan kayu, muafakat bersama-sama, semangat itu hidup.

Apa yang ada hari ini, pelajar tidak menghormati guru, tidak bersyukur dengan kemudahan yang ada. Tambah parah ibu bapa juga lebih mementingkan kasihan anak saya kena jln kaki (walaupun tak sampai setengah km!) bilik tidak selesa! Kampus ni dlm hutan. Sedangkan apa yang disediakan sememangnya sudah sempurna.

Tapi adakah mereka ini akan belajar? Atau lebih risau lagi, generasi ini akan menjadi pemimpin nanti?? Lesu...
Apa yang kita lihat sekarang berkaitan akhlaq anak-anak muda adalah manifestasi dari kerosakan sistem nilai dan kepercayaan dalam dir mereka sendiri.Bagi saya yang mempunyai anak tiga orang dan umur mereka di antara 18 hingga 26 tahun,kami ibubapa lah yang bertanggung jawap mewarnakan 'pe'el perangai' anak-anak kami dan keadaan persekitaran di mana semua budaya pelbagai warna boleh datang kepada anak-anak kita dengan kemudahan ICT.Generasi kami yang telah terpedaya dengan mata benda lah yang bersalah dan sikap dan tindakan tidak apa dari pemimping sejak 30 tahun yang lalu.

Post a comment

Already a Vox member? Sign in