Bomoh gasing
Permainan gasing adalah satu permainan tradisional yang bukan hanya di main oleh kanak-kanak.Orang dewasa juga terlibat sama.Kadang kala sebahagian yang kurang mematuhi ajaran agama terlibat dengan perjudian dalam perlawanan gasing.Kami kanak-kanak terpaksa buat sendiri jika kami hendak bermain gasing.Tidak ada gasing dijual dipasaran dalam tahun 50'an dan awal 60'an.
Pada satu masa berlaku perlawanan sengit diantara orang-orang Kampung Bukit Abal dan orang Besut.Setiap kali perlawanan,Kampung Bukit Abal mengalami kekalahan,sehingga sampai satu peringat melibatkan maruah orang Kampung Bukit Abal tercabar.Satu malam, saya melihat ada orang datang kerumah saya dan mengetuk jendela bilik tidur bapa saya.Ayah saya menerima satu gasing yang cantik dari orang yang saya tidak kenali.Apabila saya bertanya kenapa datangnya waktu malam,bapa saya kata ini perkara sulit dan jangan beritahu ibu saya.Apabila saya terus bertanya apa yang ayah hendak buat dengan gasing dia terpaksa menceritakan perkara sebenar.
Ayah saya seorang guru agama dan memang tidak wajar terlibat dengan permainan gasing.Tujuan gasing dihantar secara sulit ialah kerana orang-orang Kampung Bukit Abal mohon ayah saya berdoa/menjampikan supaya gasing tadi menang dalam pertarungan akan datang!Saya terus bertanya dimana ayah saya terpaksa jawab ;jika tidak rahsianya akan terbongkar kepada ibu saya yang amat tidak suka ayah saya terlibat dalam kerja jampi-bomoh gasing!
Rahsianya saya simpan sehingga akhir hayatnya.Apabila diberitahu,saya berjanji tidak akan membertahu ibu saya kerana saya pun bersetuju dengan tindakan ayah saya.Apa yang ayah saya buat dengan gasing tersebut saya tidak tahu.Selepas itu,saya diberitahu oleh ayah saya yang kumpulan gasing orang-orang Kampung Bukit abal menang dalam pertandingan.Ayah saya amat gembira...rupa-rupanya selepas kemenangan tersebut orang-orang Bukit Abal membawa beberapa lori berisi kayu kekampung saya untuk membantu ayah saya membina sekolah agama.Sekarang sekolah tersebut telah dibina semula dan terdapat 1800 murid.
Ini,bagi saya,adalah satu pelajaran dari matalamat menghalalkan cara.
Comments
AbeDib,
Tok Guru Awang Noh tidak akan terlibat dalam `matalamat menghalalkan cara'. Sebagai Tok Guru yang terkenal dan mempunyai `Karamah' saya yakin dia ada sebab yang tersendiri. Dia tidak akan korbankan hukum kerana matlamat. Andainya dia buat begitu, sudah tentu ilmunya akan tawar tetapi dia terus `menyengat' dan ilmunya tidak pudar. Permainan gasing itu sendiri adalah harus. Jika ada perjudian terlibat, maka perjudian itulah yang haram dan bukannya permainan gasing.
Saya ucapak terima kerana di atas komen yg menjelaskan perkara sebenarnya.Setahu saya,Ayah saya tidak terlibat dengan kerja khurafat saperti bomoh gasing.
The ends justify the means as written by me is most probable is my wrong perception of the situation at the time and it is still in my mind.so I wrote it down.
Thank you Li for the correction.