Ford Prefect dan Austin
Diawal tahun 60'an,perkhidmatan pengakutan awam saperti bas dan teksi belum ada di Pondok Beris dan kawasan yang sewaktu dengannya.Di kampung kami hanya ada tiga biji kereta milik pribadi olek tiga peniaga runcik:Pak Kob,Pak Su Dollah dan Pacik Kar.Bila kami orang-orang hendak ke Kota Bharu, kereta mereka menjadi prebet sapu.
Ayah saya dan saya selalu dapat duduk didepan kerana jika polis tangkap,ramai polis yang kenal ayah saya dan pemandu kereta tidak akan disaman!
Perkhidmatan prebet sapu hanya pergi pagi dan balik petang sahaja!
Bila saja saya ke KB,ayah bawa makan nasi Sumatra di kedai makan di Jalan Hilir Pasar.Selalunya kami dapat makan percuma sebab ramai yang kenal ayah saya sebagai guru mereka.
Dizaman itu,jalan ke KB mesti lalu feri di Pualau Melaka(dekan dengan rumah Dato Nik Aziz MB kelantan sekarang.) Jambatan di cabang 4 Binjai belum ada lagi.Satu ketika brek kereta Austin Pak Cik Kar tak makan,terus kereta dan penumpang masuk sungai Pengakalan Datu! Nasib baik semua selamat.
Bila saya dapat tahu kejadian itu,kami hanya naik kereta Ford Prefect Pak Kob sahaja.Saya tak ingat apa nama kereta Pak Su Dollah,tapi keretanya ada macam topi sudu dan bila nak pusing kanan atau kiri,ada satu jenis signal mekanikal yang akan melenting keluar dan bernyala.Ini adalah satu teknologi canggih dizaman itu.
Comments
Cuba cerita sikit perkhidmatan bas masa tu dalam cerita seterusnya, atau cerita balik dari tanjung malim dan lalu ke palekbang. Mesti menarik.
Pak Kob yang jual kedai runcit tepi sekolah tu ka?
InsyaAllah ,akan abedib ceritakan...la ni duk sibuk main basikal,LOL..