Gajus
Semalam saya makan nasi berulamkan pujuk gajus di majlis kenduri kahwin di Segambut.Enak sekali rasanya dan memperingatkan saya semasa membesar di kampung dalam Pondok Beris.Pokok gajus atau di Kelantan disebut tere terdapat dimana-mana.Ulam ini juga menjadi kegemaran bapa saya makan dengan sambal dan ibu saya makan dengan budu.Bapa saya,walaupun orang Kelantan,tidak makan budu.Saya makan budu dan sambal-ikut ayah dan ikut ibu.
Buah gajus boleh di makan semasa mask atau sebelumnya.Kami kanak-kanak,semua makan-putik atau masak.kalau putik,kami makan dengan garam ,kalau masak kami makan saja.Bijinya boleh di buat bahan permainan dan amat enak jika di goreng.Saya amat suka bakar biji gajus dan memakan isinya.
Comments
Salam, dah lama tak singgah. Tuntutan tugas yang agak sibuk. Apa khabar? Bercakap tentang budu, mungkin kerana lama di kelantan, ayah dan mak saya memang gemar budu dengan ikan bakar. Saya pula makan budu dengan nasi kerabu. Buah ketereh? Dua minggu lepas saya ke UiTM Machang dan sempat ke Kota Baru, perubahan yang minimum...teringin sungguh nak ke beris tapi kekangan masa tak sempat.
Minggu akhir semester saya perlu menyokong atau menolak permohonan kolej. Semalam salah satu permohonannya anak beris! Dia seorang yang aktif, saya menyokong dengan sepenuh hati!
Nurzea
Terima kasih kerana menghantar gambar buah gajus.Saya akan cuba upload di blog ini.Kebelakangan ini, vox saya buat pasal.
Nurzea,
Terima kasih kerana masih teringat lagi kg Beris.