Lampu Gaslin
Saya berpengalaman mengguna pelita ayam dan lubang hidung selalu berwarna hitam kerana asap pelita!Kadang lampu padam kerana ditiup angin.Pada kebiasaannya,kami kanak-kanak di tugaskan untuk mengisi pelita dengan minyak gas dan memasang lampu sebelum tibanya malam.Sebagai rekod peribadi,semasa anak saya yang kedua dilahirkan dalam tahun 1982,kami masih menggunakan lampu gaslin di Pondok Beris.Daripada ingatan peribadi saya,tempat yang dapat bekalan elektrik dan air paip lebih dahulu di Jajahan Bachok ialah di Bandar Bachok dan di Jelawat.Pondok Beris adalah salah tempat yang agak terlewat mendapat kemudahan infrastruktur.Hingga kini,setelah 50 tahun Merdeka,bekalan air kadang ada,kadang tak ada....
Comments
Selamat tahun baru 1429 Hijrah! Semester ni penat skit...byk kelas..baru hari ni betul2 berkelapangan. Lampu gasolin... baru pagi tadi singgah di sebuah kedai perabut berkonsepkan vintage, terpandang sebuah lampu gasolin. Memang cantik dibuat perhiasan. Lepas tu bila membaca nukilan uncle adib, seingat saya sempat ler jugak merasa zaman lampu nih, sampai darjah dua (di kampung saya di pahang). Teringat arwah atuk. Bila petang jer dalam pukul 6.30 mesti dia sibuk dengan lampu nih...
Barang2 lama kadang2 lebih berharga dari barang2 baru.
Gaslin = gasoline.
Itu adalah antara tugas saya semasa di kampung dahulu; memasang lampu gasoline.. Saya masih ingat lagi teknik memasang lampu tersebut. Mentolnya adalah dari satu bahan semacam kain plastik di ikat di sebelah dalam lampu. Minyak gas dimasukkan ke dalam body lampu dan seikit spirit ke dalam satu bekas kecil disebalah dalam. Saya akan mengepam lamu tersebut sehingga terasa `kiat' dan mencucuh api ke bekas spirit tersebut. pada mulanya mentol kain tersebut akan hitam di makan api. Apabila hampir keseluruhannya hitam saya akan buka satu valve dan HEYYYYYY mentol hitam lembik tersebut terpancul cahaya terang dan menjadi seperti mentol lampu elektrik. Sampai sekarang saya masih tidak tahu `How It Works'.
May be our clever children can explain how it works.
Saya pun tak tahu juga;-)
And that made two of us engineers!!!