Perayaan Tahun baru
Tahun baru Masihi tidak ada apa-apa bagi kami di kampung.Yang sibuk sedikit ialah bagi kami anak-anak sekolah kerana mesti beli buku baru dan yang mampu beli baju dan kasut baru(Fong Keong sepasang RM 2.00 sahaja).Di zaman itu(lebih 40 tahun yang lalu), TV masih belum sampai di kampung saya tidak saperti sekarang dimana banyak hiburan yang dihidang kepada penuntun setiap hari perayaan.Jadi,suasana perayaan olih masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam tidak begitu terasa saperti masakini.Yang kami terasa ialah bila cuti raya Cina di mana barang-barang di kedai runcit akan berkurang sampai dua minggu kerana pengedar berbangsa Cina tidak berkerja.
Semasa di sekolah rendah saya belum kenal apa itu dairi.Yang saya suka setiap awal tahun ialah saya dapat kalendar baru dari kedai-kedai di Kota Bahru.Dan juga kami dapat Takwim dari Majlis Agama Islam Kelantan.
Bercakap pasal baju baru,kali pertama saya memakai baju baru jenis dekron(yang tak perlu di gosok(iron) ialah pada tahun 1963 bila ibu saya pergi ke KL dan sempat pergi shopping di Globe Silk Store.Baju tersebut mahal juga di zaman itu-RM 5.00 satu!
SELAMAT TAHUN BARU 2008!
Comments
- olih = oleh
- dimana = di mana
- penuntun = penonton
- berkurang = berkurung
- saperti = seperti
Selamat menulis! :)