Pernah makan ulat bulu?

Comments

Memang tak pernah makan ulat bulu ni, pergi Kota Bharu pun baru sekali dua sahaja. Sekarang kueh dieja sebagai kuih. :)
hmmm.....kuih ulat bulu ni tak pernah try, tapi kalau kuih kelantan antara yang saya gemar, akok.

Kalau dulu tok guru tempat saya mengaji kat pondok beris dulu ada buat memang yang paling best...


Pernah makan kuih beko?

Tak pernah cuba kuih ulat bulu ni, rasanya ini kali pertama mendengarnya.

Kuih kegemaran dari dulu hinga kini ialah serabe (sebut serabir).
Zan,
Bagi abedib,jika terjeumpa mesti beli:
1.Lopat tikam
2.Katong
3.Onde2
Lopat tikam memang favourite, onde-onde biasa2 jah, katong tak pernah dengar.

Mak Lijah specialty ialah bubur caca. Memang terangkat, tak pernah rasa bubur caca yang setanding dengannya. Dikedai pun susah nak cari lo ni.

Serabe jadi favourite lebih kepada nilai sentimental. Teringat masa kecil-kecil, (umur <4 tahun - sekitar tahun 69 dan 70) tunggu arwah ma balik dari sekolah. Sambil dengar lagu Ahmad Jais melalui radio (masa tu ingat Mat Jais dok nyanyi kat Jelawat je hehehe), tunggu ma bawa balik kuih serabe.

Kemudian make serabe bawah pokok beko depan rumah.

Itu semua nostalgia yang indah Abedib...
Zan,
Memang hasrat abedib menulis kisah hidup di kampung untuk menjadi rekod ingatan kpd diri sendiri dan juga jenerasi kemudian.InsyaAllah ,abedib akan cerita kisah lama untuk menjadi renungan dan ikhtibar kpd jenerasi kini.
Molek sangat tu Abedib. Banyak peristiwa dan corak kehidupan zaman 50, 60 dan 70an dulu yang kalau diceritakan kepada kanak2 zaman sekarang, mereka tak dapat nak bayangkan. Terlalu jauh coraknya.

Teringat kehidupan di Besut awal tahun 70an dulu, dengan lecah, selut, seai (nak eja pun tak boleh) masa musim hujan, pergi sekolah jalan kaki berbatu-batu dan sebagainya. Usahkan kereta dan motor, basikal pun tak ada.
Malam hidup dengan pelita ayam dan sebagainya. Dan macam-macam lagi.

Tak tahu macammana nak diceritakan kepada anak-anak. Mungkin kena bawa mereka kesuatu daerah yang masih lagi berada didalam zaman sebegitu.

Post a comment

Already a Vox member? Sign in