Tempayan dan gayung tempurung
Jika saya tidak lupa,gambar tertera disini saya ambil pada tahun lepas(2007) di rumah ibu saya di Pondok Beris Kubor Besar.Ibu saya guna tempayan ini untuk menyimpan air bagi memudahkan beliau menyiram bunga-bunga kesayangannya. Maklumlah,anak-anak dan cucu-cucu tidak tinggal bersama beliau.Mungkin dengan menjaga bunga-bunga ini dan beberapa ekor kucing dan se-ekor katak ,dapat juga ibu saya mengubat kasih dan rindu kepada anak-anak dan cucunya...
Untuk makluman orang-orang muda,ditahun 50'an dan 60'an,tempayan dan gayung masih digunakan dalam masyarakat kampung saya.Ini disebabkan ada lagi orang yang masih tidak mampu atau mahu berkasut.Jadi,jika mereka ini perlu naik kerumah kita,mereka perlu bayuh kaki mereka dulu.Saya masih ingat,semasa kecil dulu,walau pun kita berkasut,kaki masih kotor kerana debu pasir Beris!