Adalah menjadi harapan saya supaya kita tidak mensia-siakan anugurah Allah ini dan bertindak segera untuk memperbaiki PCB sebaik mungkin dengan menggunakan ilmu dan wang sewajarnya..
Begitu popular sekali martabak setabal hampir 20mm ini. Satu biji boleh makan lima ahli keluarga untuk sarapan pagi.
Kelantan amat terkenal dengan kepelbagaian makanan-lauk pauk dan kueh mueh.Kita akan jadi calon penyakit kencing manis jika kita ikut nafsu makan kueh mueh yang manis-manis saperti kueh tahi itik.Jika nak kena sakit jantung cepat ,sila amalkan makan sop gear box setiap minggu.
Enam bulan yang lalu saya melawat Pulau Perhentian Besar dan menginap di PIR. Tempatnya sungguh indah dan terasa tidak mahu pulang kerumah. Pasirnya putih dan air lautnya bersih.Masih ternampak anak-anak ikan pelbagai warna bermain arus di dasar laut di celah-celah batu coral. Apa yang menyayat hati saya ialah apa yang berlaku dari kesan pembangunan di Pulau Perhentian Besar dan Kecil. Sebahagian besar anak-anak muda terjebak dengan dadah. Saya dapati berbagai usaha dibuat oleh pihak berkuasa tetapi kurang berjaya kerana kurang kerjasama dari masyarakat setempat. Jika kita pilih untuk tidak membaiki kerosakan,kita tunggulah kehancuran.Ia tetap akan tiba,hanya masa yang menentukan tarikhnya.
Perkataan gawat amat kerap digunakan di Malaysia ketika ini.Ianya semakin popular sejak akhir-akhir ini semasa negara menghadapi pelbagai kegawatan-gawat air,gawat ekonomi dan sekarang gawat politik pula.Saya rasa tidak ramai yang pernah mendengar, tambah lagi mengerti maknanya sebelum bulan Julai,1997.Sekarang,perkataan ini sudah menjadi sebutan biasa di bibir semua orang,khususnya mereka yang terlibat di bidang perniagaan.Malah,ianya diguna sewenang-wenangnya sebagai satu alasan yang mudah diterima umum.Segala-galanya dibebankan kepada gawat,terutama kalau lambat bayar hutang....gawat,gawat,gawat?
Semasa makan nasi kerabu hitam di satu pagi di Lorong Purnama,Kota Bharu seorang murid sempat bertanya gurunya berkenaan pelbagai kegawatan yang dialami kita sekarang..
Ustaz:Saya amat tertarik bila orang menyebut perkataan gawat.Dalam ejaan jawi,perkataan ini di mulakan dengan huruf "ga".
Murid:Apa hebatnya huruf "ga"?
Ustaz::Bahasa Melayu kita memang hebat.Banyak perkataan kita yang bermula
dengan "ga" mempunyai makna yang hebat,lucu dan mengawatkan.Contohnya:
gementar,gelagat,gelojuh,gemuk,gagah,gemuruh,geli,gigit,goncang,gelabah,gong,gila,gatal...
Murid:Boleh saya tambah sikit Ustaz.Geletik Gelenye;-(Loghat
Kelantan,maknanya lebih kurang gatal atau gelabah)
(Kami ketawa kuat,ramai yang melihat gelagat kami berdua ni.Kena
butir geli manalah)
Ustaz:Kesitu pula perginya!!!Apa perkembangan politik di KL sekarang?Kita di Kelante duk nanti tengok dulu...
Murid:Tak tahulah apa nak komen, Ustaz.Saya sekarang gawat fikiran pula...
Ustaz:Ini satu lagi pertambahan bahasa pagi ini.Ini pulut bakar best dari Jalan Gajah Mati.Gerenti manis macam ore tino kita di Kelantan.
Murid:Patutlah ramai di Kelantan yang kena penyakit kencing manis.Tak silap sampai 120,000 orang -hampir 10% dari ore Kelante.Kak Mah, bagi saya kopi O kurang manis ya....
Begitulah cebisan bicara selepas mereka pulang dari sembahyang subuh
dan menghadiri kuliah ugama di Masjid Maahad Muhammadi disatu pagi Jumaat.
September,1998
Dibawah ialah maklumbalas dari Mr Pear dari KB.
Assalamu`alaikum Abe .
Lucu cerita Abe . Boleh Pear tambah sedikit.... sebenarnya kata-kata
yang bermula dengan huruf "ga" yang disebut oleh Abe tidak berakhir
setakat itu sahaja. Dalam dunia bunyi ada kata-kata yang berawal huruf
GA yang melambangkan makna bunyi atau suara yang bising seperti guruh,
guntur...gerudum. Dalam dunia emosi terdapat kata-kata yang berawal
huruf GA yang membayangkan perasaan sedih dan gerakan cemas seperti
gundah gulana, gerunyut, gelisah, gemuruh, gugup dan akhir
sekali...gila.
Biar apapun perkataannya, yang kita tahu akibat setiap kegawatan akan
berakhir dengan dua situasi yang juga bermula dengan huruf "ga" iaitu
girang gembira bagi peniaga-peniaga matawang seperti Soros kerana
mendapat untung durian runtuh dan gundah gulana kepada orang-orang
yang
rugi... biar apapun jangan jadi gila sudahlah kerana rezeki Allah itu
masih banyak.
Sekarang guruh-guruh mulai berbunyi, tidak lama lagi hujan akan
turun...alamat gawat pula kami di pantai timur dengan bah... satu lagi
jenis gawat.