Disatu pagi,bulan Disember,diawal tahun enam puluhan...
Saya dibawa ayah ke Sekolah Arab Amir Indera Putera yang terletak lebih kurang 200 meter di rumah kami.Sesampai di sana,saya terkejut besar. Bangunan sekolah yang terdiri dari 6 bilik darjah dan satu bilik guru jatuh ranap menyembah bumi.Ayah memberitahu saya yang ribut musim tengkujuh malam semalam telah berjaya merubuh sekolah yang dibina olih orang-orang kampung kami dari titih peluh mereka sendiri.Sekolah ini adalah sekolah rakyat yang dibina dan diuruskan olih masyarakat tempatan.Ayah saya menitis air mata kesedihan...
Dimasa dulu bukan senang untuk membina sekolah walau pun dibuat dengan berdindingkan kayu papan dan beratapkan bata tanah liat.Saya pernah melihat orang kampung membelah kayu balak dengan gergaji besar untuk dijadikan dinding sekolah.Ayah saya amat sedih kerana selaku pengasas dan guru besar pertama,dia mengambil masa bertahun-tahun untuk mengembelengkan masyarakat tempatan di masa itu untuk bermuafakat mendirikan sekolah.Selepas sekolah dibina,beliau perlu berkempen supaya masyarakat tempatan menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah.Pada amalan biasa dalam tahun 40'an dan 50'an ,tempat belajar anak-anak kampung ialah di pondok.
Direngkaskan cerita,sekolah ini bertambah maju dan berjaya menjadi salah satu sekolah agama terbaik di Kelantan.Diakahir tahun 70'an, pihak Kerajaan Pusat telah memberi peruntukan sebanyak RM 500,000 dan sekarang mempunyai bilangan murid hampir 2000 orang.
Setiap perjuangan yang baik akan diuji dengan pelbagai cubaan.Kesabaran amat perlu untuk kita berjaya.
Makanan yang dibungkus menggunakan bahan asli saperti daun-daun getah,pandan dan pisang amat menarik hati saya.Mungkin saya nostalgik semasa kecil tinggal di kampung.Tapi penggunaanya patut di promosikan untuk menggurang bahan pembungkus yang bio-degradable yang tealh banyak memberi kesan negatif kepada alam sekitar kita.
Semasa di dajah satu saya bersekolah di SK Pa' pura yang terletak lebih kurang satu batu dari kampung saya Pondok Beris.Bagi menjimatkan perbelanjaan sekolah,saya membawa bekal nasi dalam upih !
Sebaik sahaja lembu di rebahkan dan dipegang dengan mantap,kami yang hadir bertakbir and seterusnya upacara sembelih di laksanakan.Jiran dan saudara mara yang hadir akan bergotong royong dalam kerja memotong daging dan sebahagian besar di sedekahkan kepada yang berhak menerimanya.
PS:Terlupa nak cerita sikit...selepas kerja menghantar daging,satu jamuan makan tengah hari diadakan diantara 'perkerja' lembu Qurban.Satu masakan idaman saya ialah gulai kawah bumban nyur.Apabila makan kena pakai kain pelikat-senang untuk dilonggarkan bila kami tambah nasi.
Di sekeliling balasoh ini, terdapat berpuloh pondok tempat tinggal penuntut Sekolah Agama 'Amir Indera Putra.Kebanyakan penuntut yang berasal dari luar Bachok tinggal di pondok-pondok kecil sebab di zaman itu kemudaan pengankutan masih daif.Sekarang hanya terdapat hanya sebiji pondok sahaja.
Balasoh ini di ubahsuain dalam tahun 70'an apabila mendapat sumber dana dari kerajaan.Bangunan lama dirubuhkan dan di ganti dengan lantai simen tapi masih berdindingkan kayu dengan kemudaan bekalan air dan letrik.Telaga lama pun juga di timbus dan kolah di robohkan.
Baru-baru ini, balasoh ini sekali lagi mendapat dana ubahsuai dari kerajaan.Dinding di cat baru dan dapat pagar baru berserta dengan jalan masuk ber-tar.
Bagunan lama dimana dimasa kecil saya solat dan berterawih hanya tinggal memori..
Lokasi Pondok Beris
Dalam perjalanan pulang ke kampung semasa Hari Raya Haji yang lepas,saya terkejut melihat banyaknya lampu jalan yang di pasang di simpang empat di Kedai Beris Kubor Besar.Yang saya sudah lama menunggu ialah lampu isyarat-pun ada juga.Sudah beberapa kemalangan telah berlaku di persimpangan ini-akhirnya orang kampung saya dapat melihat lampu isyarat buat pertama kali terpacak di bumi Beris sejak 50 tahun negara kita Merdeka!
InsyaAllah, mulai tahun depan saya akan cuba menulis di blog ini lebih kerap lagi-bukan dua tiga kali setahun tapi sekurang-kurangnya dua tiga kali sebulan.