Semalam saya makan nasi berulamkan pujuk gajus di majlis kenduri kahwin di Segambut.Enak sekali rasanya dan memperingatkan saya semasa membesar di kampung dalam Pondok Beris.Pokok gajus atau di Kelantan disebut tere terdapat dimana-mana.Ulam ini juga menjadi kegemaran bapa saya makan dengan sambal dan ibu saya makan dengan budu.Bapa saya,walaupun orang Kelantan,tidak makan budu.Saya makan budu dan sambal-ikut ayah dan ikut ibu.
Buah gajus boleh di makan semasa mask atau sebelumnya.Kami kanak-kanak,semua makan-putik atau masak.kalau putik,kami makan dengan garam ,kalau masak kami makan saja.Bijinya boleh di buat bahan permainan dan amat enak jika di goreng.Saya amat suka bakar biji gajus dan memakan isinya.
Permainan gasing adalah satu permainan tradisional yang bukan hanya di main oleh kanak-kanak.Orang dewasa juga terlibat sama.Kadang kala sebahagian yang kurang mematuhi ajaran agama terlibat dengan perjudian dalam perlawanan gasing.Kami kanak-kanak terpaksa buat sendiri jika kami hendak bermain gasing.Tidak ada gasing dijual dipasaran dalam tahun 50'an dan awal 60'an.
Pada satu masa berlaku perlawanan sengit diantara orang-orang Kampung Bukit Abal dan orang Besut.Setiap kali perlawanan,Kampung Bukit Abal mengalami kekalahan,sehingga sampai satu peringat melibatkan maruah orang Kampung Bukit Abal tercabar.Satu malam, saya melihat ada orang datang kerumah saya dan mengetuk jendela bilik tidur bapa saya.Ayah saya menerima satu gasing yang cantik dari orang yang saya tidak kenali.Apabila saya bertanya kenapa datangnya waktu malam,bapa saya kata ini perkara sulit dan jangan beritahu ibu saya.Apabila saya terus bertanya apa yang ayah hendak buat dengan gasing dia terpaksa menceritakan perkara sebenar.
Ayah saya seorang guru agama dan memang tidak wajar terlibat dengan permainan gasing.Tujuan gasing dihantar secara sulit ialah kerana orang-orang Kampung Bukit Abal mohon ayah saya berdoa/menjampikan supaya gasing tadi menang dalam pertarungan akan datang!Saya terus bertanya dimana ayah saya terpaksa jawab ;jika tidak rahsianya akan terbongkar kepada ibu saya yang amat tidak suka ayah saya terlibat dalam kerja jampi-bomoh gasing!
Rahsianya saya simpan sehingga akhir hayatnya.Apabila diberitahu,saya berjanji tidak akan membertahu ibu saya kerana saya pun bersetuju dengan tindakan ayah saya.Apa yang ayah saya buat dengan gasing tersebut saya tidak tahu.Selepas itu,saya diberitahu oleh ayah saya yang kumpulan gasing orang-orang Kampung Bukit abal menang dalam pertandingan.Ayah saya amat gembira...rupa-rupanya selepas kemenangan tersebut orang-orang Bukit Abal membawa beberapa lori berisi kayu kekampung saya untuk membantu ayah saya membina sekolah agama.Sekarang sekolah tersebut telah dibina semula dan terdapat 1800 murid.
Ini,bagi saya,adalah satu pelajaran dari matalamat menghalalkan cara.
Di akhi tahun 50'an dan awal 60'an,masih ramai rakan-rakan yang tidak berkasut kecuali semasa hadir di sekolah.Rata-rata harga kasut adalah antara RM2 hingga RM5,tapi ada juga masih tidak mampu.Walaupun saya ada kasut,tapi kami kanak-kanak dizaman itu lebih senang tidak berkasut apabila bermain.
Apabila saya ditawarkan untuk belajar di Sekolah Datuk Abdul Razak di awal tahun 1965,saya terpaksa membeli kasut kulit berwarna hitam.Bila tiba masanya untuk memulakan memakai kasuk kulit untuk menaiki keretapi,saya amat bergembira kerana dapat pakai kasut kulit baru.Harganya,jika tidak silap ingatan saya,tidak lebih RM10.Sepuloh ringgit dizaman itu amat banyak nilainya.Inilah jumlah yang ibubapa saya hantar setiap bulan sebagai duit kocek.Bayangkanlah RM 10 untuk belanja minuman dan makan semasa rihat dll dalam tempuh satu bulan.
Dato' Tengku Mahmud,Presiden Penyatim pernah menceritakan kepada saya yang beliau tidak dapat tidur sampai kepagi kerana dapat kasut kain baru apabila beliau mumulakan persekolahannya di Setiu,Terengganu dalam tahun 50'an.
Apabila anak-anak saya meningkat umur remaja dalm tahun 90'an, mereka meminta saya belikan kasuk Air Walk berharga RM200 sepasang.Hati saya tersentak kerana teringat semasa saya remaja dulu kasut kami tidak lebih dari RM20! Baju Clubman saya pertama di beli di Tanjung Malim,Perak dengan harga RM5!
Duit RM5 menjadi satu kenangan sedih kepada saya.Semasa saya berada di SDAR,ada satu manusia dari kampung saya yang kalah judi dan berhutang dengan saya sebanyak RM5 dan berjanji untuk membayarnya dengan masa sebulan.Saya tunggu ,dari sebulan menjadi setahun;dari setahun menjadi dekad..sehingga saya pun lupa. Yang saya amat terharu, selepas 30 tahun kemudian si tahi judi ini telah menjadi orang yang baik dan hendak pergi menunaikan haji.Dia datang mencari saya dan membayar balik wang RM5 yang berhutang daripada saya dan memohon maaf.Saya amat gembira yang beliau sudah bertaubat.
Kaki ayam juga adalah nama sejenis kueh goreng yang dibuat dari ubi keledek yang dipotong saperti French fries.Rasanya amat sedap tapi susah untuk mendapatnya sekarang.Mungkin sudah kekurangan bekalan ubi atau ramai yang sudah bertukar selera kepada fries di KFC atau McDonald.
Dia tukang gunting terkenal di kampung saya dalam tahun 60'an dan menggunakan kerusi khas yang dibuat dengan besi dan berkushen.Ayah saya dan saya menjadi pelangan tetap beliau.Satu sahaja yang saya tidak suka ialah dia ikut arahan ayah supaya memotong pendek rambut saya.Maklumlah,budak-budak pun 'nok bojeng' juga dizaman itu dengan pelbagai feshen P. Ramli ,Aziz Sattar dan lain-lain bintang filem sewaktu dengannya.[ber 'bojeng' ialah bermakna bergaya dengan pelbagi stail rambut]
Gaya rambut yang saya minati ialah berjambul dihadapan dengan gaya berputar-putar.Minyak rambut yang saya ada hanya Brycream,tapi tak mampu menahan supaya bentuk berjambul kekal semasa kami bermain atau bila dituip angin.Gel masih belum ada lagi.Kami,budak-budak guna bahagian putih dari telur ayam yang mentah.Dimasa itu tidak banyak telur ayam dijual di pasar.Kadang kala,kami terpaksa mencuri telur ayam orang dalam sakak!
Satu masa,isteri Pak Teh Mat Min jatuh sakit.Seorang bomoh dipanggil untuk menenun punca penyakit.Satu mangkuk berisi air dibaca jampi olih bomoh tersebut.Selepas jampi dibaca dan di hembuskan kepada air dalam mangkuk,bomoh minta salah seorang yang hadir untuk lihat kedalam mangkuk.Saya sudah lupa apa yang bomoh sebut ada dalam mangkuk.Orang yang ditanya tadi jawab memang ada! Apabila tiba giliran saya untuk melihat,saya tak nampak apa-apa melainkan air yang jernih.Apabila ditanya,nampak?Saya terpaksa menjawab nampak! Dalam hati saya,bomoh ini penipu besar.Pengalaman ini mengajar saya bahawa cerita bomoh ini semuanya bohong.Lihatlah apa yang diberitahu oleh bomoh-bomoh yang cuba mencari adik Shirline yang hilang sudah beberapa minggu.Mengikut kata wakil 50 bomoh,budak yang hilang ini akan ditemui dalam masa satu minggu.Dah dua minggu berlalu,tapi Polis masih belum dapat menjumpai Shirline.
Jika saya tidak lupa,gambar tertera disini saya ambil pada tahun lepas(2007) di rumah ibu saya di Pondok Beris Kubor Besar.Ibu saya guna tempayan ini untuk menyimpan air bagi memudahkan beliau menyiram bunga-bunga kesayangannya. Maklumlah,anak-anak dan cucu-cucu tidak tinggal bersama beliau.Mungkin dengan menjaga bunga-bunga ini dan beberapa ekor kucing dan se-ekor katak ,dapat juga ibu saya mengubat kasih dan rindu kepada anak-anak dan cucunya...
Untuk makluman orang-orang muda,ditahun 50'an dan 60'an,tempayan dan gayung masih digunakan dalam masyarakat kampung saya.Ini disebabkan ada lagi orang yang masih tidak mampu atau mahu berkasut.Jadi,jika mereka ini perlu naik kerumah kita,mereka perlu bayuh kaki mereka dulu.Saya masih ingat,semasa kecil dulu,walau pun kita berkasut,kaki masih kotor kerana debu pasir Beris!
Diawal tahun 60'an,perkhidmatan pengakutan awam saperti bas dan teksi belum ada di Pondok Beris dan kawasan yang sewaktu dengannya.Di kampung kami hanya ada tiga biji kereta milik pribadi olek tiga peniaga runcik:Pak Kob,Pak Su Dollah dan Pacik Kar.Bila kami orang-orang hendak ke Kota Bharu, kereta mereka menjadi prebet sapu.
Ayah saya dan saya selalu dapat duduk didepan kerana jika polis tangkap,ramai polis yang kenal ayah saya dan pemandu kereta tidak akan disaman!
Perkhidmatan prebet sapu hanya pergi pagi dan balik petang sahaja!
Bila saja saya ke KB,ayah bawa makan nasi Sumatra di kedai makan di Jalan Hilir Pasar.Selalunya kami dapat makan percuma sebab ramai yang kenal ayah saya sebagai guru mereka.
Dizaman itu,jalan ke KB mesti lalu feri di Pualau Melaka(dekan dengan rumah Dato Nik Aziz MB kelantan sekarang.) Jambatan di cabang 4 Binjai belum ada lagi.Satu ketika brek kereta Austin Pak Cik Kar tak makan,terus kereta dan penumpang masuk sungai Pengakalan Datu! Nasib baik semua selamat.
Bila saya dapat tahu kejadian itu,kami hanya naik kereta Ford Prefect Pak Kob sahaja.Saya tak ingat apa nama kereta Pak Su Dollah,tapi keretanya ada macam topi sudu dan bila nak pusing kanan atau kiri,ada satu jenis signal mekanikal yang akan melenting keluar dan bernyala.Ini adalah satu teknologi canggih dizaman itu.
Saya berpengalaman mengguna pelita ayam dan lubang hidung selalu berwarna hitam kerana asap pelita!Kadang lampu padam kerana ditiup angin.Pada kebiasaannya,kami kanak-kanak di tugaskan untuk mengisi pelita dengan minyak gas dan memasang lampu sebelum tibanya malam.Sebagai rekod peribadi,semasa anak saya yang kedua dilahirkan dalam tahun 1982,kami masih menggunakan lampu gaslin di Pondok Beris.Daripada ingatan peribadi saya,tempat yang dapat bekalan elektrik dan air paip lebih dahulu di Jajahan Bachok ialah di Bandar Bachok dan di Jelawat.Pondok Beris adalah salah tempat yang agak terlewat mendapat kemudahan infrastruktur.Hingga kini,setelah 50 tahun Merdeka,bekalan air kadang ada,kadang tak ada....
Dalam tahun 60'an, apabila berlaku hujan lebat,kanak-kanak di kampung bermain dalam hujan dalam keadan bogel kerana seluar yang ada hanya untuk pergi sekolah.
Di kawasan beris,hujan adalah satu rahmat dan masa berpesta sebab kawasan beris tidak pernah bah.
Berikut adalah satu berita dari Sinar Harian untuk maklumat bersama:
Bachok
Man pakar baiki jeans
BERIS KUBUR BESAR - Setelah mempelajari dan mendalami kemahiran dalam
jahitan, Kamaruzaman Hasan, 37, membuka kedai jahitan pakaian lelaki
yang dinamakan Man Collection di Jalan Sekolah Kebangsaan Beris Kubur
Besar pada 1998 lalu.