Dia tukang gunting terkenal di kampung saya dalam tahun 60'an dan menggunakan kerusi khas yang dibuat dengan besi dan berkushen.Ayah saya dan saya menjadi pelangan tetap beliau.Satu sahaja yang saya tidak suka ialah dia ikut arahan ayah supaya memotong pendek rambut saya.Maklumlah,budak-budak pun 'nok bojeng' juga dizaman itu dengan pelbagai feshen P. Ramli ,Aziz Sattar dan lain-lain bintang filem sewaktu dengannya.[ber 'bojeng' ialah bermakna bergaya dengan pelbagi stail rambut]
Gaya rambut yang saya minati ialah berjambul dihadapan dengan gaya berputar-putar.Minyak rambut yang saya ada hanya Brycream,tapi tak mampu menahan supaya bentuk berjambul kekal semasa kami bermain atau bila dituip angin.Gel masih belum ada lagi.Kami,budak-budak guna bahagian putih dari telur ayam yang mentah.Dimasa itu tidak banyak telur ayam dijual di pasar.Kadang kala,kami terpaksa mencuri telur ayam orang dalam sakak!
Satu masa,isteri Pak Teh Mat Min jatuh sakit.Seorang bomoh dipanggil untuk menenun punca penyakit.Satu mangkuk berisi air dibaca jampi olih bomoh tersebut.Selepas jampi dibaca dan di hembuskan kepada air dalam mangkuk,bomoh minta salah seorang yang hadir untuk lihat kedalam mangkuk.Saya sudah lupa apa yang bomoh sebut ada dalam mangkuk.Orang yang ditanya tadi jawab memang ada! Apabila tiba giliran saya untuk melihat,saya tak nampak apa-apa melainkan air yang jernih.Apabila ditanya,nampak?Saya terpaksa menjawab nampak! Dalam hati saya,bomoh ini penipu besar.Pengalaman ini mengajar saya bahawa cerita bomoh ini semuanya bohong.Lihatlah apa yang diberitahu oleh bomoh-bomoh yang cuba mencari adik Shirline yang hilang sudah beberapa minggu.Mengikut kata wakil 50 bomoh,budak yang hilang ini akan ditemui dalam masa satu minggu.Dah dua minggu berlalu,tapi Polis masih belum dapat menjumpai Shirline.
Jika saya tidak lupa,gambar tertera disini saya ambil pada tahun lepas(2007) di rumah ibu saya di Pondok Beris Kubor Besar.Ibu saya guna tempayan ini untuk menyimpan air bagi memudahkan beliau menyiram bunga-bunga kesayangannya. Maklumlah,anak-anak dan cucu-cucu tidak tinggal bersama beliau.Mungkin dengan menjaga bunga-bunga ini dan beberapa ekor kucing dan se-ekor katak ,dapat juga ibu saya mengubat kasih dan rindu kepada anak-anak dan cucunya...
Untuk makluman orang-orang muda,ditahun 50'an dan 60'an,tempayan dan gayung masih digunakan dalam masyarakat kampung saya.Ini disebabkan ada lagi orang yang masih tidak mampu atau mahu berkasut.Jadi,jika mereka ini perlu naik kerumah kita,mereka perlu bayuh kaki mereka dulu.Saya masih ingat,semasa kecil dulu,walau pun kita berkasut,kaki masih kotor kerana debu pasir Beris!